Skip to main content

Advertisement

Submitted by syazwan_mutali… on
Start Date
End Date
Postcode
50050
Company Email
rachel.lim@sprg.com.my
Contact number
0163140323
Description
📍 15 arca Beruang Matahari berwarna-warni. 15 kisah Malaysia. Seekor Mamee Monster yang lincah! 📍 Bersiap sedia untuk menerokai Sun Bear Malaysia 2026/2027, sebuah kempen pameran seni, warisan, pelancongan dan pemuliharaan yang diilhamkan oleh artis Malaysia, Alice Chang. Kempen ini menampilkan 15 arca Beruang Matahari hasil rekaan artis yang meraikan kisah, tradisi dan warisan semula jadi Malaysia yang penuh warna-warni. 📍 Menerusi “Mamee Monster Goes Cuti-Cuti Malaysia”, Mamee Monster yang dikenali ramai turut menyertai 15 arca Beruang Matahari dalam sebuah kolaborasi yang ceria. Bersama-sama, kedua-dua ikon Malaysia ini mengajak pengunjung menerokai warisan negara yang kaya serta melakar kenangan yang boleh dikongsi bersama. 📍 Mengapa Anda Perlu Hadir? ✔️ Terokai 15 arca Beruang Matahari hasil rekaan artis, yang mendapat inspirasi daripada kepelbagaian tradisi, kraf tempatan, makanan, mercu tanda dan warisan semula jadi Malaysia, bersama Mamee Monster. ✔️ Dengarkan kisah di sebalik setiap Beruang Matahari dengan mengimbas kod QR. Rakaman audio tersedia dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Mandarin. ✔️ Kenali dengan lebih dekat beruang matahari Malaya serta kepentingan melindungi spesies asal tanah air ini dan hutan yang menjadi habitatnya. ✔️ Pembelian Discover Passport untuk menerokai kesemua 15 arca Beruang Matahari sambil mengumpul cop di setiap arca. Juga boleh membeli kit lukisan mini Beruang Matahari , serta mengikuti sesi penerangan oleh Bornean Sun Bear Conservation Centre tentang pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar. ✔️ Sila layari laman sosial Lai Lai Art untuk maklumat lanjut: laman web (https://www.lailaiart.com/) atau Instagram (https://www.instagram.com/lailaiartgallery/). 📍 Jemput datang untuk menikmati karya seni, hayati kisah di sebaliknya dan temui semula Malaysia yang kita sayangi!
Target Audience
Kids
Infozone Category
webform_sid
436927
Days
Sunday
Monday
Tuesday
Wednesday
Thursday
Friday
Saturday
Website
https://www.lailaiart.com/
Venue
Bangunan Sultan Abdul Samad
Ticket admission
Free

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda