Sistem Amaran Awal Nasional, MySiren hanya akan berfungsi hantar notifikasi kepada pengguna, tanpa mempunyai sebarang akses kepada data peribadi pemilik peranti.
Menurut Kementerian Komunikasi, sistem dikendalikan MCMC itu guna teknologi untuk salur amaran secara langsung kepada telefon mudah alih, tanpa perlu muat turun aplikasi.
Ia juga akan disalurkan melalui rangkaian 4G dan 5G tanpa guna trafik data, membolehkan amaran diterima walaupun rangkaian alami kesesakan atau kuota data pengguna telah habis.