Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Ecuador kejutkan Jerman untuk mara ke pusingan kalah mati!

Ecuador tundukkan juara empat kali, Jerman 1-2 pada aksi kumpulan E, Festival Bola Sepak 2026!

 

Kedua-dua pasukan bagaimanapun layak ke pusingan kalah mati selepas menamatkan aksi kumpulan dalam kelompok tiga terbaik.

 

Aksi lain berkesudahan, Ivory Coast tundukkan Curacao 2-0.

 

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan pasukan berkenaan mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama!

__

 

Manchester City dilapor mencapai persetujuan dengan Nottingham Forest untuk mendapatkan pemain tengah England, Elliot Anderson.

 

City dijangka catat rekod baharu EPL dengan yuran hingga 130 juta pound mengatasi rekod sebelum ini babitkan Liverpool untuk bawa masuk Alexander Isak dengan nilai 125 juta pound.

__

Dan, pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong sah bakal meninggalkan BAM berkuat kuasa 30 Jun ini.

 

Keputusan itu dicapai hasil perbincangan antara kedua-dua pihak bagi membolehkan Tze Yong meneruskan fasa seterusnya dalam kerjaya profesionalnya. 

 

Ia juga meyaksikan Tze Yong menamatkan tempoh lebih sedekad perjalanan bersama BAM sejak menyertai program pembangunan kebangsaan.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda