Dua pasukan Asia mengesahkan slot ke pusingan kalah mati Festival Bola Sepak 2026 setakat ini.
Jepun mara selaku naib juara selepas seri 1-1 dengan Sweden pada aksi terakhir Kumpulan F, pagi tadi.
Mereka dijadual bertemu juara lima kali, Brazil pada perlawanan seterusnya.
Sementara itu, Australia yang seri tanpa jaringan dengan Paraguay turut mara ke pusingan kalah mati selepas menamatkan kempen selaku naib juara Kumpulan D.
__
Dalam pada itu, pengendali Norway dijangka merehatkan beberapa tonggak utamanya apabila berdepan Perancis pada aksi terakhir Kumpulan I, awal pagi esok.
Ia bagi memastikan pemain berada pada tahap terbaik menjelang pusingan kalah mati nanti.
Kedua-dua pasukan sudah menempah tiket terlebih dahulu selepas memenangi dua aksi awal, dengan Perancis hanya memerlukan keputusan seri untuk muncul juara kumpulan menerusi kelebihan jaringan.
Sementara itu, Senegal dan Iraq masing-masing bawa misi wajib menang pada aksi pertembungan terakhir kumpulan untuk menghidupkan peluang mara ke pusingan kalah mati.
__
Dan, Terengganu FC bakal membuat pengumuman rasmi berhubung pelantikan ketua jurulatih baharu dalam masa terdekat menjelang musim baharu Liga Malaysia.
TFC turut beri tumpuan kepada pembangunan pasukan termasuk penstrukturan semula beberapa bahagian operasi serta pembangunan pemain sedia ada dan bakat muda.