Brazil mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Pesta Bola Sepak Antarabangsa 2026 selepas menewaskan Scotland 3-0 sekali gus muncul juara Kumpulan C.
Dalam satu lagi aksi Kumpulan C, Maghribi menewaskan Haiti 4-2 dan turut mara sebagai naib juara kumpulan.
Ini menyaksikan Scotland yang berada di tempat ke-3 perlu menunggu keputusan kumpulan lain untuk mara sebagai antara lapan pasukan tempat ketiga terbaik.
......
Sementara itu, Switzerland mara ke pusingan kalah mati selaku juara Kumpulan B selepas menewaskan Kanada 2-1.
Meskipun tewas, Kanada turut mencipta sejarah apabila layak ke pusingan kalah mati buat kali pertama sebagai naib juara kumpulan.
Bosnia-Herzegovina pula menewaskan Qatar 3-1 untuk menamatkan saingan di tempat ketiga dan masih berpeluang mara namun bergantung kepada keputusan kumpulan lain.
.....
Dan pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei berada di Australia bagi mendapatkan rundingan pakar berhubung kecederaan ACL pada lutut kirinya.
Ee Wei kini memulakan proses pemulihan dengan tekad untuk kembali ke gelanggang secara berperingkat selepas menjalani rawatan berkenaan.
Pemain kelahiran Melaka itu mengalami kecederaan tersebut ketika aksi suku akhir Terbuka Singapura bulan lalu.