Skip to main content
BERITA| Situasi Jerebu Dijangka Tidak Berubah Dalam Masa Terdekat

 

BERITA| Situasi Jerebu Dijangka Tidak Berubah Dalam Masa Terdekat

Jerebu yang melanda negara ketika ini dijangka tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara bagi tempoh 3 hingga 5 hari ini. 

Menurut MetMalaysia walaupun hujan diramal berlaku di beberapa tempat, ia belum mampu untuk memulihkan kualiti udara secara besar-besaran.

10 kawasan kini catat IPU tidak sihat, 7 daripadanya di Sarawak manakala 3 lagi di Cheras, KL serta Johan Setia dan Shah Alam di Selangor.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak maklumkan penutupan sementara sekolah terjejas akibat fenomena jerebu di daerah Serian dilanjutkan hingga esok.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda