Seperti mana yang anda tahu, ZAYAN telah menerima seorang lagi ahli baru yang akan mengendalikan slot ZAYAN Valet untuk menggantikan Azhar Hilmi.
Bakal menemani anda bermula jam 3 petang, Tajid Hadhari atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bola akan bersiaran sehingga jam 7 petang. Pasti anda tertanya-tanya mengapa beliau dikenali sebagai Ustaz Bola kan? Jom kami kongsikan beberapa perkara menarik tentang Ustaz Bola ini.
Sebelum melangkah ke ZAYAN, beliau juga merupakan seorang penyampai radio di sebuah stesen radio islamik lain. Apa yang membuatkan beliau dikenali sebagai Ustaz Bola adalah kelebihannya yang memiliki lesen jurulatih bola sepak kelas D dari FAM di bawah jurulatih Hassan Sazali Waras. Hebat!
Semenjak daripada itu, beliau terus menanam minatnya terhadap sukan bola sepak dengan menjadi jurulatih bola sepak remaja pada tahun 2019. Pada tahun 2020 pula, beliau telah membuka saluran YouTube-nya sendiri yang berceritakan tentang bola sepak.
Selamat datang Ustaz Bola ke keluarga ZAYAN! Jangan lupa untuk dengarkan Ustaz Bola dalam Zayan Valet pada jam 3 hingga 7 petang.
Anda boleh ikuti Ustaz Bola di Instagram: @tajdid_hadhari
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.