Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

4 Kelebihan Bangun Pagi

4 kelebihan bangun pagi

Sebagai orang yang beragama Islam, kita bangun di awal pagi adalah untuk menunaikan solat Subuh. jika kita dapat menunaikanya secara berjemaah di masjid lagi bagus. Namun manfaat bangun awal pagi bukan sahaja memberikan pahala yang besar kerana solat di masjid. Bahkan ia sebenarnya mengandungi banyak manfaat dari sudut kesihatan. Maka sebab itulah Islam amat menggalakkan kita untuk bangun di awal pagi dan juga tidak menggalakkan kita tidur selepas waktu subuh.

Berikut merupakan manfaat yang kita perolehi dengan bangun di awal pagi:
 

1. FIKIRAN LEBIH SEGAR.

 

Kita digalakkan untuk bangun seawall 6 pagi sebelum matahari terbit dapat membuatkan fikiran kita menjadi lebih segar dan ia mampu mengurangkan tekanan dan stress dalam diri kita. Fikiran yang segar akan membuatkan kerja-kerja yang dilakukan pada hari tersebut menjadi lebih efeien dan efektif. Hormon-hormon kortisol mula meningkat dalam badan kita untuk menyediakan badan kita bekerja dengan berkualiti.

 

2. DAPAT MENGAMBIL SARAPAN PAGI

 

Apabila kita bangun di awal pagi kita dapat mengambil sarapan dengan selesa sebelum ke pejabat atau sekolah. Sarapan merupakan amalan yang sangat penting kerana ia membekalkan tenaga kepada otak dan juga seluruh badan kita untuk aktiviti seharian. Bahkan kajian menunjukan pengambilan sarapan pada awal pagi tidak akan menyumbang kepada kegemukkan kerana makanan yang dimakan akan cepat dihadam dan digunakan oleh badan kita yang mengalami kadar metabolism yang tinggi pada waktu itu. Sebaliknya jika tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak kita kerana kekurangan glukosa dan sumber tenaga.

 

3. BOLEH MELAKUKAN AKTIVITI SENAMAN PAGI.

 

Senaman pagi adalah aktiviti yang sangat baik kepada kita. Bahkan senaman pada waktu pagi membolehkan kita menyedut udara yang sangat bersih dan nyaman. Pastinya kita tidak akan temui udara sebersih itu pada waktu lain kerana ia akan dicemari oleh habuk-habuk dan juga asap-asap kenderaan. Kita juga akan dapat menikmati pancaran cahaya matahari pada waktu pagi yang sangat bermanfaat untuk kita terutama sekali bagi menjana vitamin D demi kebaikkan tulang dalam badan kita.

 

4. MENGELAK TERGESA-GESA DAN TERBURU-BURU.

 

Apabila kita bangun lewat, tentu sekali kita akan tergesa-gesa dalam mempersiapkan segala sesuatu dalam satu masa. Kerja yang dilakukan dengan tergesa-gesa akan membuahkan hasil yang tidak menarik. Bahkan, kita akan tertinggal banyak barang yang penting seperti dompet, buku dan sebagainya kerana kita tidak memfokuskan kepada sesuatu yang kita lakukan pada waktu itu. Jadi bangun awal pagi membolehkan kita merancang aktiviti kita dengan sempurna dan terancang. 

 

Sumber - Majalah Gen-Q Isu 3

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}