Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Kenduri kahwin tidak dibenarkan

May 14, 2020


Kenduri kahwin tidak dibenarkan

Foto - Shah Rahimin (Astro Radio News)

Semua majlis keraian yang membabitkan perhimpunan ramai termasuk kenduri kahwin masih tidak boleh diadakan ketika ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana majlis perkahwinan turut termasuk dalam senarai larangan mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Bagaimanapun katanya, akad nikah adalah dibenarkan mengikut syarat yang ditetapkan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

-----

Solat berjemaah di Wilayah Persekutuan Maksimum 30 orang

Foto - Free Malaysia Today

Semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di zon hijau di Wilayah Persekutuan boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat tarawih serta solat sunat Aidilfitri, bermula esok

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan ini adalah selaras keputusan Mesyuarat pihaknya dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Perdana Menteri pada 12 Mei lalu.

Tambahnya, bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah adalah tidak kurang daripada tiga orang, tidak termasuk imam dan tidak lebih daripada 30 orang.

---

Penuntut UPSI masih dilarang pulang

Foto - Malaysia Kini

Penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) masih dilarang pulang ke rumah masing-masing bagi membolehkan kerajaan melaksanakan saringan COVID-19 terhadap mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata proses saringan itu perlu dilaksanakan susulan dua penuntut yang pulang ke Sabah baru-baru ini didapati positif COVID-19.

Sehingga kini, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muallim sudah mengambil 92 sampel terdiri daripada kontak rapat dua kes positif COVID-19 terbabit.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca