Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Malaysia Masih Terawal

Jan 15, 2021


Malaysia Masih Terawal

Malaysia masih antara negara terawal menerima vaksin COVID-19 iaitu mulai bulan depan meskipun sejumlah negara sudah menerimanya.

Jelas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, kerajaan membuat keputusan berdasarkan penelitian ujian klinikal tanpa perlu membayar harga premium atau wang pendahuluan yang tinggi.

Ia juga memberi ruang kepada Malaysia menilai proses vaksinasi di negara lain sebagai panduan.

Sementara itu sejumlah pemimpin dunia sudah menerima vaksin COVID-19.

Antaranya Raja Arab Saudi, Presiden Indonesia, Perdana Menteri Singapura dan bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Darurat: Tentera Ada Kuasa

Bidang kuasa tentera dan polis sama di bawah ordinan darurat.

Ujar Menteri Kanan Keselamatan, ia termasuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar PKP.

Jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia termasuk melakukan tangkapan dan berkuat kuasa sehingga darurat tamat Ogos depan.

Beliau juga memaklumkan, NGO yang mahu merentas negeri untuk hantar bantuan kepada mangsa banjir perlu dapat kebenaran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi agensi berkenaan.

NADMA akan mengeluarkan surat kebenaran untuk NGO terbabit melepasi sekatan jalan raya.

Namun, NGO digalakkan menumpukan aktiviti bantuan di kawasan berhampiran atau dalam negeri sama bagi cegah penularan COVID-19.

Punca Banjir Termenung

Sementara itu banjir termenung dan lambat surut di Pahang ketika ini disebabkan fenomena air pasang tinggi.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), keadaan itu menyebabkan air Sungai Pahang tidak boleh keluar ke laut.

Bagaimanapun situasi dijangka bertambah baik dalam tempoh beberapa hari lagi.

Ketika ini masih terdapat hampir 8,000 mangsa banjir di Pahang, Sarawak lebih 3,000, Sabah 1,000 dan Johor kira-kira 800.

Pecah Rekod Lagi

Sekali lagi kes COVID-19 di negara ini memecahkan rekod mencatatkan angka tertinggi iaitu 3,337 kes semalam.

75 peratus kes dicatatkan di negeri-negeri yang sedang melaksanakan PKP.

Semalam juga 15 pesakit wabak itu meninggal dunia.

*foto: AWANI (sekadar hiasan)


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca