Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

5 Negeri, 3 Wilayah Mula PKP 2.0

Jan 13, 2021


5 Negeri, 3 Wilayah Mula PKP

PKP 2.0 di 5 negeri dan semua 3 Wilayah Persekutuan bermula hari ini.

Ia menyaksikan jutaan penduduk di negeri dan wilayah berkenaan berdepan sejumlah sekatan.

Menteri Kanan Keselamatan berkata operasi pasar malam, kedai gunting rambut dan tuisyen adalah antara kegiatan ekonomi yang dilarang

Manakala premis makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam tapi hanya untuk bawa pulang dan penghantaran.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, klinik swasta dan hospital pula boleh beroperasi seperti biasa, 24 jam sehari.

Bagi misi kemanusiaan terhadap mangsa bencana alam oleh NGO, mereka perlu mendapat kebenaran polis.

Bantuan pula disalurkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana.

Sementara itu, kira-kira 20,500 mangsa banjir kini berada di pusat-pusat pemindahan di 4 negeri.

Pahang masih mencatatkan bilangan tertinggi iaitu lebih 16,000 diikuti Johor sekitar 3,000 orang.

Kes Harian Tertinggi!

Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi COVID-19 apabila 3,309 kes dilaporkan semalam.

Ia menjadikan jumlah kes aktif kini meningkat kepada lebih 30 ribu.

Angka tertinggi kes harian sebelum ini dicatatkan pada 7 Januari lalu iaitu 3,027 kes.

Rampasan Dadah Terbesar

Polis Johor rampas dadah bernilai lebih RM125 juta di Johor Bahru.

Ia sekaligus menjadikannya rampasan dadah terbesar di negara ini.

Ketua sindiket berusia 30 tahun turut diberkas dan sejumlah barangan dirampas termasuk 13 kereta mewah dan jongkong emas.

Akaun Twitter SKMM Digodam

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggantung sementara akaun Twitter rasminya yang dilapor telah diceroboh.

Ia susulan viral hantaran mesej mencurigakan dan jelik melalui akaun twitter suruhanjaya itu.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca