Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Pengumuman Kebenaran Rentas Negeri Semakin Hampir!

Oct 04, 2021


pengumuman kebenaran rentas negeri semakin hampir!

Pengumuman Kebenaran Rentas Negeri Semakin Hampir!

Pengumuman mengenai kebenaran rentas negeri semakin hampir!

Itu jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaki sahaja kadar vaksinasi lengkap penduduk dewasa negara capai sasaran 90 peratus.

Sasaran 90 peratus diletakkan untuk kebenaran rentas negeri adalah supaya negeri yang peratus vaksinasinya masih kecil dapat ditingkatkan terlebih dahulu.

 

Tidak perlu terus membuka PPV Mega.

Tiada keperluan untuk terus membuka PPV Mega susulan kebanyakan rakyat sudah menerima vaksin.

Jelas Menteri Kesihatan, kerjasama rakyat dalam program vaksinasi semakin membuahkan hasil apabila kes harian Covid-19 mencatatkan penurunan ketika ini.

Khairy Jamaluddin berkata demikian selepas menutup PPV WTCKL yang telah memberikan lebih 1.2 juta dos vaksin sepanjang 150 hari beroperasi.

 

Takwim persekolahan sesi 2022 kekal.

Ketetapan memulakan takwim persekolahan sesi 2022 pada Mac depan dibuat berdasarkan perbincangan dan penelitian yang mendalam, justeru ia akan dikekalkan.

Kementerian Pendidikan yakin pendekatan itu beri ruang yang cukup kepada anak-anak untuk mencapai tahap penguasaan minimum yang diperlukan sebelum naik ke kelas berikutnya.

KPM memberi penjelasan itu susulan ada segelintir pihak membantah sesi persekolahan tahun ini dilanjutkan sehingga Februari dan permulaan sesi 2022 dianjakkan ke Mac ekoran pandemik COVID-19.

Sementara itu, KPM memaklumkan, sesi persekolahan bersemuka di negeri-negeri kumpulan A termasuk Kelantan dan Terengganu yang bermula semalam berjalan lancar.

Sekolah-sekolah dalam kumpulan B pula memulakan persekolahan hari ini dan kehadiran murid ke sekolah adalah mengikut fasa PPN di negeri masing-masing.

 

 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca