Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Pelan Pemulihan Negara Untuk Keluar Daripada Pandemik COVID-19.

Jun 16, 2021


pelan pemulihan negara untuk keluar daripada pandemik covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang mempunyai 4 fasa.

Ujar beliau, ia merupakan strategi kerajaan untuk keluar daripada kemelut pandemik COVID-19.

Semua fasa berkenaan berpaksikan kepada data yang bersandarkan 3 indikator untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

Indikator yang pertama, keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian.

Indikator kedua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di ICU.

Ketiga ialah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima 2 dos suntikan vaksin.

Malaysia kini berada pada fasa pertama yang mana kes harian masih tinggi dan sistem kesihatan awam pada tahap kritikal.

Fasa kedua menyaksikan aktiviti sosial dan kawalan pergerakan terus dikawal dengan ketat manakala aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat jika kes baru Covid-19 turun di bawah angka 4,000.

Perdana Menteri juga memberi jaminan sidang Parlimen akan diadakan antara bulan September dan Oktober dengan SOP ketat.

Ujar beliau, keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira Malaysia pada ketika itu mencapai imuniti kelompok.

Pada waktu itu Malaysia dijangka berada pada fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara.

Perdana Menteri turut memaklumkan, aktiviti sosial, rentas negeri dan pelancongan domestik akan dibenarkan pada fasa ke-4.

Semua sektor ekonomi turut dibuka semula pada fasa berkenaan.

Fasa ke-4 merupakan fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara dan rakyat mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.

 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca