Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Gaji Perdana Menteri Dan Jemaah Menteri Disumbangkan Untuk Rakyat.

Jun 01, 2021


gaji perdana menteri dan jemaah menteri disumbangkan untuk rakyat.

Perdana Menteri bersama semua Menteri dan Timbalan Menteri bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama 3 bulan bermula bulan ini.

Gaji mereka akan disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana Negara bagi membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.

Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan demikian semasa mengumumkan bantuannProgram Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) berjumlah RM40 bilion.

Ia merupakan inisiatif terbaru kerajaan untuk membantu meredakan cabaran dihadapi rakyat terutama dalam tempoh PKP 3.0 yang bermula hari ini.

Di bawah Pemerkasa PLUS, BPR Tambahan antara RM100 hingga RM500 akan diberikan mengikut kategori pendapatan. 

Ia akan dimasukkan ke akaun penerima hujung bulan ini sebagai tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR pada September ini. 

Moratorium juga akan diberikan kepada golongan B40 dan rakyat yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.

Mereka diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama 6 bulan.

Sementara itu hampir sejuta PKS dan perusahaan mikro akan dapat manfaat melalui Geran Khas Prihatin, GKP sebanyak RM1,500 yang akan dibayar sebanyak 2 kali mulai bulan ini.

Kerajaan menambah kadar GKP daripada RM500 sebelum ini kepada RM1,500 bagi memastikan kelangsungan perniagaan golongan berkenaan.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca