Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Nabi SAW Sudah Lama Pesan Tentang Penyakit Umat Pada Akhir Zaman!

Umat akhir zaman akan menghidap dua penyakit yang amat kronik.
10 Mar 2021, 07:00 AM

Sepertimana kita tahu, pada akhir zaman ini terdapat pelbagai jenis penindasan yang berlaku dimana-mana sahaja termasuklah sesama umat Islam sendiri disebabkan sifat tamak yang tertanam dalam diri manusia.

penyakit umat akhir zaman yang nabi saw sudah lama pesan!

Kalau kita baca semula beberapa hadis Nabi Muhammad SAW, baginda Nabi SAW sudahpun menceritakan keadaan yang bakal berlaku pada akhir zaman.

Daripada Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka."

Maka salah seorang sahabat bertanya: “Adakah hal itu kerana bilangan kamu sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir dan Allah SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.”

Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?”  Nabi SAW menjawab: “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Dawud).

Hadis di atas menyatakan berlakunya keadaan ini apabila umat akhir zaman ini menghidap dua penyakit yang amat kronik. Cintakan dunia dan takutkan mati.

penyakit umat akhir zaman yang nabi saw sudah lama pesan!

Apakah penyakit lain yang tidak disebut oleh Nabi Muhammad SAW yang menyebabkan keadaan ini boleh berlaku?

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”

Nabi SAW menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah (HR Hakim):

penyakit umat akhir zaman yang nabi saw sudah lama pesan!

Sudah tentu jika ada penyakit mesti ada ubatnya. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Agama Islam)(Surah Ali Imran: 103)

penyakit umat akhir zaman yang nabi saw sudah lama pesan!

Bahkan Rasulullah SAW berpesan kepada kita, umatnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kalau kamu berpegang dengannya nescaya kamu tak akan sesat selamanya iaitu: al-Quran dan sunnahku.”

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda: “Semua umatku akan masuk ke dalam syurga melainkan yang enggan.”

Sahabat berasa kehairanan lalu bertanya; “Ya Rasulullah! Siapa yang tidak mahu masuk syurga?” Rasulullah SAW menjawab: “Siapa yang taat kepadaku bererti dia mahu masuk syurga dan siapa yang menyalahi ajaranku maka itulah yang tidak mahu masuk syurga.” – (Riwayat Bukhari)

Sumber: Bangsa Akhir Zaman

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}