Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Foodie

Enak Dan Sesuai Untuk Minum Petang, Kuih Keria Gula Melaka!

Tak perlu ke Melaka, buat je kat rumah! Memang sedap!
18 Jan 2021, 11:49 AM

Kalau dengar je nama Kuih Keria Gula Melaka, ramai mesti akan terfikir kuih keria di negeri Melaka. Ada yang sanggup beratur panjang semata-mata nak beli kuih keria yang dikatakan sangatlah istimewa, sedap dan enak! Tapi kepada sesiapa yang teringin sangat kuih keria ni tapi tak jumpa di kawasan anda, apa kata buat sendiri di rumah. 

enak dan sesuai untuk minum petang, kuih keria gula melaka!

Resepi ni bukan calang-calang tau, resepi Kuih Keria Gula Melaka Che Nom memang gerenti sedap!

Untuk ubi keledek pula, lebih sesuai digunakan keledek putih/kuning berbanding keledek oren kerana keledek putih lebih sedap dan tidak lembik apabila direbus. Doh keledek akan lebih senang dibentuk dan tak perlu tambah tepung yang banyak. Penggunaan baking power pula adalah supaya kuih menjadi montok dan gebu. Keistimewaan kuih ini sudah pastinya terletak pada salutan gula yang terdiri dari 3 jenis gula iaitu:

  • Gula melaka,
  • Gula batu 
  • Gula putih.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk doh keria:

  • 800 gram ubi keledek putih (dalam 2 ketul besar)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam

Bahan-bahan untuk salutan gula/sira:

  • 1 ketul gula melaka
  • 1 sudu besar gula batu
  • 1 sudu besar gula putih
  • 1/2 cawan air

Cara Penyediaan:

enak dan sesuai untuk minum petang, kuih keria gula melaka!

Cara-cara untuk kuih keria:

  1. Rebus ubi hingga empuk dan toskan airnya. Apabila ubi sudah sejuk, tumbuk halus dengan menggunakan lesung batu dan tarik keluar urat-urat kasar dari ubi keledek. Boleh juga gunakan 'potato masher' untuk hancurkan keledek.
  2. Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat.
  3. Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah.
  4. Ulang proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan.
  5. Kacau atau gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata.

Cara-cara untuk salutan gula/sira:

  1. Tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat.
  2. Sedia untuk digaul kuih keria

Tips:

  • Tidak mengapa jika doh melekat sedikit. Sapukan sedikit tepung di tangan sebelum menggentel doh dan bentukkan menjadi bulat.
  • Kalau goreng keria, jangan kerap sangat terbalikkan kuih semasa menggoreng kerana nanti kuih jadi serap minyak.

Selamat mencuba! 

Sumber: Resepi Che Nom 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}