
Lee Zii Jia kembali ke gelanggang badminton!
Pemain perseorangan lelaki negara itu dijadual berdepan wakil Jepun pada pusingan kelayakan saingan Terbuka Australia hari ini.
Sebagai rekod, Zii Jia pernah menjuarai saingan Terbuka Australia selepas tundukkan pemain Jepun, Kodai Naraoka pada edisi 2024.
__
Skuad bola sepak negara tewas 2-3 kepada Thailand pada aksi terakhir Kumpulan B Kejuaraan ASEAN Bawah 19 tahun, malam tadi.
Ia sekali gus menyekat kemaraan Malaysia ke separuh akhir selaku naib juara memandangkan Vietnam yang beraksi dalam Kumpulan A memiliki kelebihan jaringan.
__
Dan, pemain tengah Denmark, Christian Eriksen dilapor berada dalam keadaan baik selepas mendapat rawatan di hospital.
Ini susulan Eriksen rebah secara tiba-tiba ketika aksi persahabatan berdepan Ukraine, semalam.
Dia kini dipasangkan dengan alat jantung selepas turut alami serangan jantung semasa perlawanan Euro 2020 menentang Finland.