Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Sze Fei-Nur Izzuddin juara Terbuka Indonesia!

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin muncul juara kejohanan badminton Terbuka Indonesia selepas tundukkan gandingan tuan rumah!  

  

Kejayaan itu sekali gus menamatkan penantian 18 tahun beregu Malaysia merangkul gelaran pada saingan berkenaan.  

  

Sebagai rekod, Sze Fei-Izzuddin pernah tewaskan pasangan sama di Masters Malaysia. 

__ 

 

FAM serah sepenuhnya kepada AFC berhubung desakan seorang Ahli Parlimen supaya laporan penuh audit badan induk itu didedah kepada umum dan dibentang di Parlimen. 

 

Setiausaha Agung FAM berkata, pihak sekreteriat kini sedang tunggu maklum balas rasmi daripada Setiausaha Agung AFC sebelum buat keputusan lanjut. 

__ 

 

Dan, pemain tengah Denmark, Christian Eriksen rebah secara tiba-tiba ketika aksi persahabatan berdepan Ukraine, awal pagi tadi. 

  

Persatuan Bola Sepak Denmark memaklumkan Eriksen kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan kecemasan di atas padang. 

  

Insiden itu mengimbau kembali detik cemas yang menimpa pemain berkenaan pada Euro 2020 lima tahun lalu, apabila dia rebah secara tiba-tiba ketika aksi menentang Finland. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda