Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Lamine Yamal Cipta Sensasi

Lamine Yamal dinobatkan sebagai Pemain Terbaik La Liga musim ini. 

Pemain berusia 18 tahun terbabit memainkan peranan penting dalam membantu Barcelona mempertahankan kejuaraan liga domestik. 

Bintang muda Barca itu turut menjadi pemain pertama yang memenangi anugerah Pemain Terbaik Bulanan La Liga sebanyak tiga kali dalam satu musim. 

..... 

Tottenham mengesahkan Andy Robertson kini menyertai kelab itu secara perpindahan percuma selepas kontraknya dengan Liverpool tamat. 

..... 

Beralih ke bola sepak tempatan, skuad Bawah 19 tahun negara meneruskan rentak cemerlang pada aksi Kejuaraan B-19 ASEAN 2026 apabila menewaskan Brunei 4-0. 

Terdahulu mereka membuka kempen dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Singapura sekali gus mendahului Kumpulan B dengan kutipan 6 mata. 

..... 

Dan beregu lelaki, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin menjadi wakil tunggal negara yang akan beraksi pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia hari ini. 

Gandingan nombor 8 dunia itu dijadual bertemu dengan juara bertahan dari Korea Selatan. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda