Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa akan merujuk 12 atlet serta tiga pegawai daripada delegasi Thailand ke Jawatankuasa Tatatertib.
Ia susulan insiden meninggalkan perlawanan ketika aksi regu ketiga acara final regu berpasukan berdepan Malaysia pada Kejohanan Piala Dunia.
Semua bukti, hujah dan representasi akan dinilai sebelum menentukan sama ada berlaku pelanggaran peraturan, perlembagaan atau kod etika persekutuan, serta tindakan yang wajar diambil.
__
Kepercayaan antara satu sama lain mengharungi mata genting menjadi kunci kejayaan Goh Soon Huat-Shevon Lai menempah tiket ke pusingan kedua badminton Terbuka Indonesia.
Beregu campuran negara itu terpaksa bermandi peluh sebelum tundukkan pasangan tuan rumah dalam pertarungan tiga set.
Dalam pada itu, sembilan wakil akan meneruskan cabaran pada pusingan kedua hari ini.
Pemain perseorangan wanita, K Letshanaa dijangka berdepan tugas sukar apabila dijadual bertemu pemain nombor tiga dunia dari Jepun Akane Yamaguchi.
Ikuti saingan Terbuka Indonesia secara langsung bermula 10 pagi ini di Astro, saluran 815, 816 dan aplikasi Sooka!
__
Dan, beberapa ahli keluarga Glazer sedang pertimbangkan sama ada mahu menjual pegangan mereka dalam Manchester United selepas lebih dua dekad memiliki kelab EPL itu.
Ia menimbulkan kritikan hebat apabila United hadapi potensi bil berbilion pound untuk membangunkan semula stadium Old Trafford.