
SUKAN| Harimau Malaya Kini Di Tangga Ke-137 Dunia
Skuad Harimau Malaya naik satu anak tangga dalam ranking FIFA untuk berada di kedudukan ke-137 dunia.
Terdahulu, skuad negara alami kejatuhan drastik sebanyak 17 anak tangga susulan keputusan AFC batalkan 2 aksi pada Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Nepal dan Vietnam.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia berada di ranking ke-137 dunia adalah pada Jun 2023 ketika di bawah kendalian Kim Pan Gon.