Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Harimau Malaya B-19 mulakan kempen dengan kemenangan!

Skuad remaja kebangsaan memulakan kempen Kumpulan B saingan Kejuaraan Bawah 19 tahun ASEAN dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Singapura. 

 

Keputusan itu menyaksikan Malaysia berada di kedudukan kedua kumpulan, terikat tiga mata bersama Thailand yang belasah Brunei 9-0.

 

Skuad Harimau Malaya bawah 19 tahun seterusnya akan berdepan Brunei, Jumaat ini sebelum bertemu Thailand, Isnin depan pada aksi terakhir kumpulan.

__

 

Liverpool dilapor semakin hampir mendapatkan khidmat bekas pengendali Bournemouth, Andoni Iraola sebagai pengganti Arne Slot.

 

Terdahulu, Slot dipecat susulan musim hambar di Anfield.

__

 

Dan, lapan wakil Malaysia akan memulakan cabaran pada pusingan pertama saingan badminton Terbuka Indonesia hari ini.

 

Antaranya ialah beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang dijadual berdepan rakan senegara, Arif Junaidi-Yap Roy King.

 

Semalam, pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao cipta kejutan apabila tundukkan wakil Jepun Kodai Naraoka dengan kemenangan straight set.

 

Ia menyaksikan Jun Hao berjaya tamatkan badi kekalahan tujuh perlawanan berturut-turut sejak Pusingan Pertama Seluruh England, Mac lalu.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda