Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Goh Sze Fei-Nur Izzuddin intai peluang tamatkan penantian 18 tahun!

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin intai peluang untuk menamatkan penantian 18 tahun beregu Malaysia merangkul gelaran pada saingan badminton Terbuka Indonesia. 

 

Beregu lelaki negara itu dijadual berdepan wakil tuan rumah pada aksi final hari ini. 

 

Kali terakhir beregu Malaysia merangkul gelaran pada Terbuka Indonesia adalah pada edisi 2008. 

 

Ikuti saingan Terbuka Indonesia secara langsung bermula 3 petang ini di Astro Badminton, saluran 815 dan aplikasi Sooka! 

__ 

 

Sementara itu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah dipisahkan menjelang saingan badminton Terbuka Jepun, bulan depan. 

 

Ketua jurulatih beregu lelaki negara berkata keputusan itu dibuat untuk mencari kombinasi terbaik apabila kempen kelayakan Sukan Olimpik bermula tahun depan. 

 

Berdasarkan senarai penyertaan Terbuka Jepun, Aaron akan digandingkan bersama Tee Kai Wun manakala Wooi Yik bergandingan dengan Man Wei Chong. 

 

Dalam pada itu, pemain beregu campuran, Chen Tang Jie pula digandingkan dengan Clarissa Tan susulan pasangan tetapnya, Toh Ee Wei alami kecederaan ketika Terbuka Singapura bulan lalu. 

__ 

 

Dan, Juara Liga Super 12 musim berturut-turut, JDT dijangka berdepan laluan berliku pada Kejuaraan Kelab Asean 2026-27. 

 

Berdasarkan keputusan undian, Harimau Selatan diletakkan dalam Kumpulan B bersama empat juara liga terbaik Asia Tenggara iaitu pasukan dari Indonesia, Singapura, Vietnam dan Thailand. 

 

Sementara itu, satu lagi wakil Malaysia, Kuching City diundi dalam Kumpulan A antaranya bersama juara bertahan, Buriram United dan Ratchaburi FC dari Thailand.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda