Semua 18 ahli gabungan FAM bersetuju secara sebulat suara meluluskan pindaan Statut FAM seperti dicadangkan Konfederasi Bolasepak Asia.
Setiausaha Agung AFC berkata ia dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh tadbir urus FAM selaras dengan piawaian ditetapkan.
Ia susulan laporan audit kualiti dijalankan AFC mendapati FAM berdepan pelbagai kelemahan sistemik babitkan tadbir urus, akauntabiliti dan pengurusan organisasi.
__
Kementerian Belia dan Sukan sedia meneliti keperluan sokongan tambahan buat pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli.
Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata KBS sentiasa terbuka untuk pertimbangkan bantuan bersesuaian termasuk insentif khas.
Terdahulu, pelumba kelahiran Terengganu itu melakar podium sulung Kejuaraan Dunia Moto3 dengan duduki tempat ketiga pada saingan GP Itali minggu lalu.
__
Dan, bintang Arsenal, Bukayo Saka mendedahkan perjalanan karier dan kehidupannya menerusi sebuah filem dokumentari baharu “Bukayo Saka: The Time is Now.”
Dokumentari itu akan mula ditayangkan di beberapa pasaran antarabangsa mulai esok.