Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Aaron Chia-Soh Wooi Yik dipisahkan pada saingan Terbuka Jepun

Aaron Chia-Soh Wooi Yik dijangka dipisahkan pada saingan badminton akan datang. 

 

Ini selepas beregu nombor satu negara itu didaftar dengan pasangan berbeza pada saingan Terbuka Jepun, bulan depan. 

 

Berdasarkan senarai berkenaan, Wooi Yik digandingkan bersama Man Wei Chong manakala Aaron pula disenaraikan bersama Tee Kai Wun. 

__ 

Datuk Azizulhasni Awang terbuka untuk pertimbangkan tawaran sekiranya diberikan peluang untuk kembali menyertai Program Road To Gold. 

 

Jaguh berbasikal trek negara itu berkata ia kerana RTG pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan kariernya sebelum ini. 

 

Untuk rekod, The Pocket Rocketman itu pamer prestasi cemerlang apabila raih pingat emas dalam acara keirin pada Piala Dunia Trek di Perth pada Mac dan di Nilai bulan lalu. 

__ 

Dan, Benfica tuntut 15 juta euro untuk Jose Mourinho yang menjadi sasaran Real Madrid bagi menggantikan pengendali Álvaro Arbeloa. 

 

Arbeloa dilapor bakal meninggalkan Real susulan prestasi kurang memberangsangkan musim ini. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda