March
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

Hari Bertemu Pelanggan Hospital Shah Alam


Tarikh: 30-Apr-2019 - 30-Apr-2019
Lokasi: Hospital Shah Alam

Hari Bertemu Pelanggan Hospital Shah Alam akan diadakan pada 30.4.2019 di Lobi Utama Hospital bermula jam 10.00 pagi. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah pelbagai saringan kesihatan seperti pemeriksaan sendiri payudara dan aktiviti menarik untuk kanak-kanak disediakan.Orang awam dijemput hadir.Masuk adalah percuma.

Karnival Jambori Universiti-Universiti Asean


Tarikh: 27-Apr-2019 - 27-Apr-2019
Lokasi: Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia

Karnival yang ini diadakan di dataran Panggung Seni, UKM ini dianjurkan oleh Kolej Tun Hussein Onn, UKM. Terdapat pertandingan kawad kaki berirama dari pelajar-pelajar sekolah, demonstrasi dan pameran dari pihak PDRM dan ATM, persembahan peserta karnival dari negara luar,persembahan-persembagan tarian tradisional dari kolej-kolej kediaman di ukm

FREE MARKET & ZIARAH AMAL


Tarikh: 27-Apr-2019 - 27-Apr-2019
Lokasi: Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bilik GerakanVMPKK

Kami mahasiswa/mahasiswi jurusan Sains Pembangunan Manusia Universiti Putra Malaysia (PJJ) akan mengadakan Program Khidmat Sosial Jejak Asnaf 2019 bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Batu Dusun Tua,Hulu Langat, Selangor pada 27 April 2019(Sabtu).Kami ingin memohon sumbangan ikhlas untuk melancarkan program ini.Untuk maklumat 0192827525

Johor International Dragon Boat Regatta 2019


Tarikh: 27-Apr-2019 - 28-Apr-2019
Lokasi: Sungai Johor, Kota Tinggi

Buat julung kalinya,Johor International Dragon Boat Regatta 2019 akan diadakan pd 27 & 28 Apr di Sg Johor,Kota Tinggi.Seramai 38 pasukan mewakili 9 buah luar negara serta peserta tempatan akan memperlihatkan kehebatan mendayung sepanjang 200m.Pelbagai aktiviti menarik spt jualan,pameran kereta Ferrari,gerai & byk lagi.Anda semua dijemput hadir.

Taklimat Ksihatan Secara Percuma


Tarikh: 20-Apr-2019 - 20-Apr-2019
Lokasi: KPJ Sentosa KL

KPJ Sentosa KL Hospital akan mengadakan taklimat secara percuma yang bertajuk Obesiti dan kesannya terhadap sistem muskuloskeletal pada 20 April 2019 bermula jam 10 pagi. Pemeriksaan asas kesihatan secara percuma juga disediakan. Anda semua di jemput hadir. Bagi mendapatkan maklumat lanjut anda boleh menghubungi nombor di talian 03-40437166.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara ini dan lain-lain acara komuniti dan gaya hidup seluruh Malaysia, sila hubungi 03- 95438888 atau lawati zayan.my

 

Jika anda ada sebarang maklumbalas atau ingin menghantar maklumat acara , sila e-mel kepada kami di feedback@zayan.my .

 

Semua aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
Nota: Aktiviti yang dihantar akan diluluskan oleh panel garis panduan Zon Aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja.