PAS secara rasmi menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Jelasnya, keputusan itu diambil setelah meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa...juga bagi hadapi PRN dan PRU 16.
__
Kementerian Komunikasi sedang meneliti peluasan takrif kemudaratan dalam talian bagi merangkumi kandungan sensitif termasuk rakaman dashcam kemalangan.
Menterinya berkata, ia susulan kebimbangan terhadap penyebaran rakaman tidak ditapis yang boleh beri kesan kepada mangsa dan keluarga serta ganggu siasatan.
Datuk Fahmi Fadzil turut menjelaskan terdapat keperluan untuk perkukuh kerjasama dengan media sosial supaya tindakan segera diambil terhadap kandungan sedemikian.
__
Dan, Timbalan Perdana Menteri menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada rakyat Filipina yang terkesan susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang melanda Mindanao, semalam.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendoakan semua mangsa terlibat diberi kekuatan sambil menyatakan kesediaan Malaysia untuk hulurkan bantuan sebagai rakan ASEAN yang akrab.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 30 orang dilaporkan maut manakala lebih 130 lagi cedera akibat gempa berkenaan.
Pihak konsulat pula memaklumkan kesemua 59 rakyat Malaysia yang berdaftar di Mindanao berada dalam keadaan selamat susulan kejadian gempa tersebut.