
BERITA| KDN Teliti Kemudahan Khas Untuk Pengundi PRN Johor
Kerajaan akan teliti keperluan menyediakan kemudahan khas bagi memudahkan pengundi di Johor yang bekerja di Singapura pulang mengundi pada PRN nanti.
Kementerian Dalam Negeri berkata ia termasuk kemungkinan membuka laluan khas di pintu masuk laluan darat.
Jelasnya perkara itu akan dibincangkan selepas SPR mengadakan mesyuarat pada 12 Jun ini.
Sementara itu, SPR maklumkan lebih 2.7 juta pemilih berdaftar layak mengundi bagi PRN Johor ke-16 berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan April 2026 yang diwartakan pada 21 Mei lalu.