Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Enam Langkah Kekalkan Tubuh Badan Sihat Selepas Ramadan

Nak kekal sihat selepas bulan Ramadan. Cuba amalkan ini.
 
24 May 2020, 06:00 PM

Sering kali apabila bila berlalu sahaja bulan Ramadan, ramai orang akan terperangkap dalam amalan pemakanan tidak sihat. Yelah, moto kita kan “Raya sebulan!”

Namun, bagaimana caranya untuk uruskan rutin sebigini dan kekal sihat walaupun selepas Ramadan.

enam langkah kekalkan tubuh badan sihat selepas ramadan

#1- Berpuasa Sunat Dua Hari Seminggu

Antara puasa sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah puasa sunat dua kali dalam seminggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis.

Sementara kita masih lagi mempunyai momentum berpuasa, apa kata sebaik sahaja musim perayaan telah berlalu, kita kekalkan rutin berpuasa dengan mengamalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

#2- Peraturan Makan ‘80/20’

Peraturan 80/20 bermaksud anda memilih hidangan yang sihat dalam kadar 80 peratus contohnya makanan tanpa kalori atau bergula manakala 20 peratus lagi diperuntukkan untuk hidangan yang lebih pelbagai.

Menurut pakar pemakanan, teknik ini boleh diguna bagi mengelakkan anda ‘terseksa’ menahan diri daripada makan makanan yang anda suka tetapi kurang sihat. Sebahagian orang pula memilih untuk mengamalkan peraturan pemakanan yang ketat pada hari biasa, dan memilih ‘cheat day‘ pada hujung minggu.

#3- Makan Buah-Buahan Sebagai Snek

Biasanya setelah berlalu hari raya, masih ada lebihan makanan yang akan dibawa pula ke pejabat. Pada waktu rehat atau lapang, kita cenderung untuk makan makanan manis, snek yang tidak sihat seperti kerepek berperisa, donat, kek, ais krim atau coklat.

Apa kata gantikan makanan tersebut dengan buah-buahan yang segar atau yang telah dikeringkan seperti kurma dan kismis. Pilihan ini pastinya lebih sihat kerana kaya dengan serat yang dapat membantu sistem pencernaan.

#4- Satu Pertiga Untuk Makanan

Islam telah mengajarkan bagaimana untuk makan secara seimbang iaitu memperuntukkan satu pertiga untuk makanan, satu pertiga air dan satu pertiga udara.

Dalam ilmu anatomi badan, perut manusia ibarat kantung yang boleh mengembang. Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, isipadu perut kita ketika dalam keadaan rehat adalah 500ml. Apabila diisi dengan makanan dan minuman, ia boleh mengembang kepada 1500 ml dan isipadu perut yang maksimum boleh mencecah 2000ml.

1500ml kandungan kira-kira bersamaan satu botol air mineral besar. Maka peruntukkanlah hanya satu pertiga daripada bahagian tersebut untuk makanan mengikut sunnah yang telah diajar oleh Rasulullah.

#5- Kesihatan Emosi

Kesihatan emosi juga sebenarnya sangat berkait rapat dengan kesihatan fizikal seorang manusia. Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, keadaan badan yang stres dapat mengganggu proses pencernaan dan juga dapat memudahkan seseorang itu dijangkiti penyakit. Manakala ketenangan dapat meningkatkan sistem ketahanan tubuh badan.

Oleh itu bagi memastikan badan kita kekal sihat, aspek dalaman seperti emosi juga perlu diambil kira.

#6- Teruskan Bersedekah

Jika difikirkan sekali imbas, sedekah seperti perbuatan yang melibatkan aktiviti fizikal sahaja. Sumbangkan duit atau sebarang benda, habis cerita. Namun jika diperhatikan dengan lebih mendalam, sedekah juga melibatkan elemen emosi dan psikologi.

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}