Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Bayar Hutang Atau Beri Nafkah, Mana Yang Perlu Diutamakan?

Hutang dan nafkah termasuk dalam melaksanakan hak kepada manusia.
23 Oct 2020, 06:20 PM

Hutang dan nafkah, dua perkara yang perlu dilangsaikan kerana ia termasuk dalam melaksanakan hak kepada manusia.

bayar hutang atau beri nafkah, mana yang perlu diutamakan?

Hukum melangsaikan hutang adalah wajib, bahkan disebut dalam Al-Quran tentang perihal hutang dengan panjang lebar agar manusia sentiasa beringat bahawa ia bukanlah perkara yang boleh diambil ringan.

Kalau nafkah pula, ia adalah perbelanjaan keperluan manusia seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Pemberian itu mengikut kemampuan sendiri. Bukan kerana ingin kelihatan mewah hingga diri terbeban.

Namun, ada dalam kalangan kita yang tersepit dengan beban hutang dan bayaran nafkah. Mana satu yang perlu diutamakan? Dalam hal ini, Mufti Wilayah Persekutuan telah menjelaskan bahawa ia perlu dilihat kepada situasi.

bayar hutang atau beri nafkah, mana yang perlu diutamakan?

Hutang termasuk dalam dua kategori, iaitu hutang yang perlu dilangsaikan segera dan juga yang diberi tempoh waktunya. Jika tempoh waktunya masih lambat seperti hutang wang belajar, maka boleh melangsaikannya dan dalam masa yang sama menunaikan nafkah kepada ahli keluarga. Dalam situasi ini, penghutang perlu bijak menguruskan wang agar kedua-duanya dapat dipenuhi.

Tetapi, jika hutang itu yang perlu dilangsaikan segera, ia wajib dilangsaikan dahulu, namun tidak boleh mengabaikan nafkah terhadap keluarga. Jadi, perlu ke atas insan tersebut untuk bijak dalam menguruskan wang serta keperluan rumah. Anda boleh memberikan nafkah mengikut kadar kemampuan yang ada. Pastikan ahli keluarga anda tidak terabai dari segi keperluannya.

Mafhum: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu)” (Surah At-Talaq, 65:7)

Islam juga telah menyediakan talian hayat untuk membantu mereka yang berada dalam keadaan tidak mampu melalui sistem zakat. Jadi, untuk melangsaikan hutang yang terdesak, boleh dicuba untuk memohon pertolongan daripada pihak zakat juga.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}