Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

scoop

“Saya Berasa Teruja Mendengar Betapa Banyaknya Nikmat Apabila Kita Berjalan Mencari Hikmah Tuhan”- Lin Ariffin

Dengan berbekalkan perbelanjaan kurang RM 2000 pasangan ini menjelajah 14 buah negara untuk ke Mekah
23 Jul 2019, 05:02 PM

“saya berasa teruja mendengar betapa banyaknya nikmat apabila kita berjalan mencari hikmah tuhan”- lin ariffin

Sabtu yang lalu, salah seorang personality ZAYAN telah dijemput untuk menjadi juruacara untuk program bual bicara berkonsepkan islamik, Naura Shares. Untuk edisi terakhir ini, Naura Shares membincangkan soal pengalaman menunaikan ibadah haji.

Antara panel yang menjayakan program ini ialah Neelofa, Atu Zero Pasangan Kembara Memburu Hikmah dan juga Adam Corrie. Sepanjang program ini, banyak ilmu-ilmu yang telah diperoleh oleh Lin Ariffin.

“Saya nak berkongsi dengan pembaca ZAYAN akan satu kisah yang betul-betul menyentuh hati saya iaitu kisah akan pasangan yang menjelajah selama 15 bulan menuju ke Mekah. Dan yang paling menarik mereka menjadikan basikal sebagai kenderaan utama.” Lin Ariffin membuka bicara.

“Kalau anda kenal dengan pasangan Ahmad Mohd Isa dan Noradilah Mohd Sapie pasti anda akan mengenali mereka sebagai pasangan Kembara Memburu Hikmah.”

Lin bercerita hatinya tersentuh tatkala mendengar kisah dan dugaan yang dihadapi oleh pasangan ini merentasi 14 buah negara dan berbekalkan duit perbelanjaan kurang daripada RM 2000.

“Dalam banyak-banyak kisah yang diceritakan kisah yang paling tersentuh untuk saya semestinya kisah sewaktu mereka berada di Pakistan. Sewaktu pasangan ini tiba di sana, isterinya diserang acute mountain sickness iaitu penyakit yang berkaitan dengan gunung. Jadi, diorang ni terpaksa mencari tempat untuk mendapatkan rawatan.

Tapi, bayangkan dekat banjaran gunung tu mana nak cari doktor apa semua, kan? Kalau ikut akal mungkin kita fikir sudah tiada harapan. Namun, sebaliknya pula yang berlaku.”

Lin bercerita ketika mereka tiba di suatu tempat, tiba-tiba mereka bertemu dengan beberapa orang doktor yang sedang makan di kawasan tersebut. Lalu, doktor itu menghulurkan bantuan dengan membawa mereka ke hospital berdekatan.

“Masha Allah, betapa besarnya nikmat Allah swt buat mereka yang mencari hikmah Allah. Nikmat tu tak terhenti setakat tu je. Sampai pula dekat hospital, pasangan ni dirawat oleh semua doktor dan diberi layanan istimewa.”

Tidak terhenti di situ, Lin bercerita pasangan ini mengambil keputusan untuk keluar dari hospital kerana bimbang tidak mampu menampung kos perubatan. Tetapi, tanpa pengetahuan mereka, ada pihak yang telah membayar keseluruhan kos perbelanjaan mereka malah mereka juga diberi layanan seperti tetamu di sana.

“Yang paling membuatkan saya rasa terkejut dalam masa yang salam teruja apabila pasangan ini bercerita, ada pihak yang bertanya, berapa jumlah duit yang mereka perlukan? Mereka sendiri terkejut dengan tawaran tersebut. Lantas, pasangan ini bertanya, mengapa individu tersebut mahu membantu mereka.

Jawapan individu ini betul-betul mengejutkan saya. Dia menjawab, sewaktu dia berada di Malaysia orang-orang di Malaysia sangat baik dengannya. Jadi, apabila ada rakyat Malaysia yang tiba di Pakistan, telah menjadi tanggungjawabnya untuk buat perkara yang baik juga.” Cerita Lin dengan penuh semangat.

Inilah yang dikatakan, jika kita buat berbaik kepada orang lain, jangan mengharapkan kebaikkan daripada orang yang sama. Namun, akan ada balasan yang baik Tuhan akan hantarkan buat kita melalui orang lain pula.

Lin mengakhiri perbualan ini dengan menitip sedikit pesanan buat pembaca ZAYAN,

“Saya tak lah baik nak bagi pesanan. Tapi, jika diberi peluang untuk membuat kebaikkan, buatlah amal baik sedaya yang mampu. Dan jangan sesekali memandang remeh dan setiap hari niatkan diri kita untuk mencari hikmah Tuhan.”

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}