Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

scoop

“Buat Semua Makhluk-makhluk Allah Yang Berjiwa Lembut, Selepas Ini Jangan Malu Untuk Keluar…”- Along Cham

Editor
04 Apr 2019, 12:00 PM

“buat semua makhluk-makhluk allah yang berjia lembut, selepas ini jangan malu untuk keluar…”- along cham

Hari ini merupakan hari pertama tayangan filem Tiada Tajuk arahan Mawi. Filem bergenre komedi ini bakal ditayangkan di 100 buah pawagam di seluruh negara.

Semalam, ketika mereka dijemput menjadi tetamu rancangan meleTOP, sempat kami menemubual salah seorang pelakon utama filem tersebut iaitu Along Cham. Di dalam filem ini, Along membawa watak yang sama seperti dalam drama Rock Sangkut iaitu Quswadi.

Namun, untuk filem ini Quswadi bebeda dari segi perwatakan. Along telah diminta untuk membawa watak yang lebih mencabar iaitu sebagai lelaki yang mempunyai jiwa lembut. Dengan tagline, luaran punk tapi dalaman pink, Along bercerita pengalamannya memegang watak ini.

“Saya sendiri agak terkejut apabila Mawi meminta saya untuk melakonkan watak ini. Tapi, Mawi pandai jaga dan mengarah. Dia tahu apa yang perlu saya lakukan dan semuanya menjadi mudah.”

Menjadi seorang pelakon yang tidak pernah melakonkan watak-watak seperti ini serta untuk melarikan stigma masyarakat tentang pelawak sering menggunakan perwatakan lembut untuk membuat orang gelak adalah satu perkara yang sukar. Namun, saat ditanya kepada siapa dia berguru untuk menjayakan watak Quswadi, ini jawapan Along;

“Saya belajar dari pengalaman saya yang dulu. Dari pengalaman lah saya membina watak ini dan memberinya dengan baik tatkala beraksi di hadapan kamera.”

Along juga bercerita, watak Quswadi ini bukanlah sebagai sindiran kepada lelaki yang mempunyai jiwa dalaman yang lembut. Tetapi, Along mahu mengajak mereka jangan malu untuk keluar.

“Kelembutan adalah anugerah. Yang paling penting adalah selagi kita berpegang dengan pegangan kita, insya Allah, anda semua tidak akan sesat atau melakukan perbuatan yang dimurka Tuhan.”

Along juga berharap penonton dapat melihat pengajaran yang mahu disampaikan olehnya melalui watak Quswadi.

“Saya harap penonton dapat pengajaran bahawa jangan menilai seseoran itu melalui luarannya. Tak semua lelaki lembut itu jahat seperti mana yang sering difikirkan masyarakat. Malah, saya ada kawan-kawan yang lembut namun mereka lebih warak.”

Along Cham juga berharap peminat filem tempatan akan suka dengan filem ini seperti mana ahli-ahli fikir yang hadir ke malam gala filem ini. Along berasa sangat teruja melihat figura-fugura hebat seperti Profesor Muhaya, M Nasir dan Fadzilah Kamsah terhibur menonton filem ini.

Jadi, kepada anda semua jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Tiada Tajuk yang akan bermula tayangan pada hari ini. Sama-samalah kita menyokong industry filem tempatan dan juga mereka yang telah menjayakan filem ini.

1

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}