Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

scoop

Altimet Hadiahkan "Bunga" Kepada Peminat

30 Mar 2018, 11:47 AM

altimet hadiahkan bunga kepada peminat

   Setelah mengacah peminat dengan memberikan video lirik kejutan dari salah satu lagu barunya yang berjudul ‘Mambang’ yang juga telah menular di laman media sosial sehingga trending ditempat ketiga dalam YouTube, Altimet kini menghadiahkan ‘Bunga’ pula kepada peminat, sebuah lagi lagu baru dari beliau. ‘Bunga’ merupakan hasil kolaborasi Omar K bersama John Jeevasingam di mana ianya dimulai dengan rentak etnik yang dipadankan bersama rentak hip-hop moden beserta kepintaran Altimet mengolah lirik yang bersahaja. Tajuknya yang pendek dan ringkas mungkin akan disalah erti oleh peminat sebagai sebuah lagu pop yang romantis, namun jangkaan itu meleset sama sekali. "Bunga memberi beberapa maksud yang berlainan, dan ketika proses penulisan lirik lagu ini, saya dan penggubah lagu ingin menekankan tentang situasi yang kini sering berlaku kepada rakyat kita zaman sekarang. Hasilnya terdapat banyak permainan kata-kata dalam lagu ini, salah satunya saya mengatakan terdapat banyak rumah yang tiada taman yang lengkap, tapi masih ada Bunga (faedah)" kata penulis lirik dan pemenang Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu-32 dengan lagunya, ‘Amboi’. Muzik video bagi lagu ini pula telah mendapat sentuhan Fluid, di bawah arahan Muit Zulhelmi, dengan kerjasama Cha Azarikh, Muit Zulhelmi dan Afiqa Zahira. Gandingan yang sama telah menghasilkan muzik video ‘Amboi’ yang merupakan antara lagu terhangat pada tahun 2017. Peminat akan dapat melihat hasil gabungan unsur tradisional seperti wayang kulit dan duit bunga bersama grafik digital moden dalam muzik video ini. ‘Bunga’ yang dijangka akan berkumandang tanpa henti di serata Malaysia ini boleh didapati secara digital di iTunes dan semua aplikasi streaming muzik bersama dengan album terbaru Altimet berjudul ‘Air’ mulai 30 Mac 2018. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.altimet.com.my.

Altimet merupakan rapper, penulis lagu, dan produser yang banyak memenangi anugerah yang melalui lagu-lagu dan liriknya sejak tahun 2000 menerusi 3 album solo yang berjudul  First Among Equals, Kotarayaku, dan Amboi. Beliau juga telah mempunyai tiga belas lagu carta nombor satu. Lagunya yang berjudul “Kalau Aku Kaya" merupakan lagu Hip-Hop pertama di Malaysia yang pernah menjadi tiga teratas di Anugerah Juara Lagu dan telah meraih lebih daripada sejuta muat turun digital. Duta 1Malaysia dan Ikon Belia Kebangsaan ini juga telah diiktiraf sebagai "salah seorang individu yang membentuk Malaysia" oleh majalah August Man dan beliau telah menjelajah ke merata  dunia, dari Singapura ke Amerika Syarikat, United Kingdom hingga ke Kazakhstan bagi mempromosikan hasil karya beliau. Suara Altimet juga pernah digunakan pada aplikasi Waze, iaitu aplikasi trafik yang berasaskan komuniti terbesar di dunia, di mana beliau merupakan rapper Malaysia pertama, yang didengari di aplikasi ini di seluruh dunia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}