Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

fashionista

4 Tips Pakaian Untuk Menghadiri Sesi Temu Duga Yang Perlu Anda Beri Perhatian

Jadi, selain daripada resume perkara paling asas dan perlu diberi perhatian semestinya pakaian
Editor
13 Sep 2021, 12:46 PM

4 tips pakaian untuk menghadiri sesi temu duga yang perlu anda beri perhatian

Temu duga adalah antara perara yang penting. Melalui temu duga lah seseorang itu akan dinilai sebelum diberi kerja atau diberi biasiswa serta lain-lain lagi.

Jadi, selain daripada resume perkara paling asas dan perlu diberi perhatian semestinya pakaian. Maka, sebelum menghadiri sesi temu duga, seeloknya ikut beberapa tips berkaitan pakaian ini terlebih dahulu.

1- Kemeja

Pastikan akan memilih kemeja yang bersesuaian dengan jawatan yang dimohon. Jika anda mahu memakai kot atau blazer, dinasihatkan untuk memakai kemeja berwarna putih ataupun pastel.

Yang paling penting semestinya kemeja anda diseterika dengan sehabis baik. Masukkan kemeja ke dalam seluar dan sebaiknya kemeja anda itu mengikut bentuk badan supaya nampak lebih kemas. Tapi, jangan terlalu ketat sampai susah nak bernafas.

 

2- Seluar slack

Untuk seluar slack pula pastikan warna yang dipilih adalah gelap supaya lebih nampak professional. Jangan sesekali tampil daring dengan memakai seluar slack berwarna terang seperti kuning terang mahupun pink.

Untuk tampak lebih kemas, gayakan dengan tali pinggang yang bersifat formal tanpa sebarang corak yang keterlaluan. Seeloknya, hujung seluar slack jangan melebihi lutut ataupun atas buku lali.

 

3- Tali leher

Sekiranya pekerjaan yang anda minta memerlukan anda memakai tali lahir, pakailah tali leher yang bersesuaian. Jangan sesekali memakai tali leher yang mempunyai motif yang pelik dan boleh mencemarkan imej anda.

Padankan warna tali leher anda dengan kemeja yang anda pakai. Sekiranya kemeja anda berwarna cerah, seeloknya carilah tali leher yang gelap supaya aksesori itu lebih naik.

 

4- Kasut

Perkara terakhir semestinya kasut. Biarpun berada pada bahagian palig bawah, namun inilah perkara yang paling vital.

Pilih kasut berwarna gelap sama ada kulit atau pvc. Jangan sesekali memakai kasut sukan, sandal atau sneakers. Sedikit tips tambahan, pilih sarung kaki yang bersesuaian.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}