Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Kumur Mulut Selepas Minum Susu Antara Sunnah Rasulullah SAW

Salah satu sunnah baginda dalam pemakanan adalah meminum susu.
15 Mar 2021, 07:00 AM

Salah satu sunnah baginda dalam pemakanan adalah meminum susu. Tapi ramai yang tak sebalik satu amalan ini ada sunnah lain yang selalu Rasulullah SAW lakukan.

1. Mencampurkan susu dengan air

kumur mulut selepas minum susu antara sunnah rasulullah saw

Pada suatu hari Rasulullah SAW pernah diberi susu yang telah dicampur dengan air. Lalu baginda berkongsi pula susu tersebut dengan seorang Arab Badwi yang lain.

Para ulama mengulas bahawa tindakan mencampurkan susu dengan air itu sama ada untuk memperbanyakkan kandungannya, menghilangkan rasa masam atau untuk menyejukkan susu tersebut. Ini kerana, kebiasaannya susu segar yang diperah daripada haiwan ternakan adalah panas, ditambah pula dengan cuaca di kawasan itu yang panas.

2. Membaca doa selepas minum susu

kumur mulut selepas minum susu antara sunnah rasulullah saw

Rupanya ada doa khusus yang boleh dibaca selepas minum susu iaitu,

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ

Maksud: “Ya Allah berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya dan tambahkanlah buat kami daripadanya”

Doa ini terkandung dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Abbas R.anhuma bahawa Nabi SAW bersabda:

“Tidak aku ketahui satu minuman yang dapat menggantikan makanan selain daripada susu. Sesiapa dalam kalangan kamu yang minum susu, hendaklah dia mengucapkan : ‘Allahumma barik lana fihi wazidna minhu’ (Ya Allah berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya dan tambahkan buat kami daripadanya), manakala sesiapa yang makan makanan, hendaklah dia mengucapkan : ‘Allahumma barik lana fihi wa at’imna khairan minhu’ (Ya Allah berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya dan berilah kami makanan yang lebih baik daripadanya).” (HR Ahmad, no.2569)

3. Berkumur-kumur selepas minum susu

kumur mulut selepas minum susu antara sunnah rasulullah saw

Disunatkan juga untuk berkumur-kumur selepas minum susu bagi membersihkan mulut bagi menghilangkan lemak atau rasa lekit yang ada. Daripada Abdullah bin Abbas R.Anhuma bahawa :

أنَّ رَسولَ اللَّهِ ﷺ شَرِبَ لَبَنًا فَمَضْمَضَ، وقالَ : إنَّ له دَسَمًا

Maksudnya : “Rasulullah SAW telah meminum susu dan lalu baginda berkumur-kumur. Dan Baginda SAW bersabda : “Sesungguhnya susu mengandungi lemak” (HR Al-Bukhari, no.211)

Jadi selepas ini, boleh lah amalkan sunnah-sunnah ini ketika minum susu. Benda yang baik kita ambil.

Sumber: Mufti Wilayah

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}