Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Bulan Penuh Kemuliaan Yang Bakal Tiba, Kelebihan Beramal Ibadah Ketika Bulan Ramadan

Ramadan nak tiba dah! Ambil peluang ini untuk tingkatkan amalan kita!
nura
05 Apr 2021, 05:31 PM

Bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi ini amat dinanti-nantikan setiap umat Islam di seluruh dunia. Pelbagai amalan yang dapat memberi manfaat kepada semua umat Islam lebih-lebih lagi ketika bulan penuh keberkatan ini.

Tapi kenapa bulan Ramadan dikatakan bulan paling mulia dan pahalanya berlipat kali ganda. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ada beberapa sebab antaranya bulan Ramadan ada kelebihan dan kemuliaan yang diberikan-Nya kepada beberapa perkara.

ramadan yang bakal tiba, ini antara kelebihan amalan ibadah ketika bulan ramadan

Kemuliaan dari sudut tempat seseorang itu melakukan amal ibadat. 

Ini seperti melakukan ibadah di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid al-Nabawi di Madinah akan mendapat ganjaran yang lebih besar berbanding solat di masjid-masjid yang lain. Ia berdasarkan hadith sahih, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 صَلاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلاةٍ فِيمَا سِوَاهُ؛ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ

Maksudnya: Solat di masjid aku ini (Masjid al-Nabawi) adalah lebih baik daripada seribu solat di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram. Riwayat al-Bukhari (1133)

Kemuliaan dari sudut masa sesuatu amalan itu dilakukan. 

Ini seperti kemuliaan melakukan amal ibadat di bulan-bulan yang dimuliakan Allah SWT terutamanya di bulan Ramadhan.

Contohnya ialah pahala mengerjakan umrah di bulan Ramadhan sama pahala ganjaran mengerjakan haji. Ini berdasarkan hadith sahih bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita Ansar:

 فَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فَاعْتَمِرِي ، فَإِنَّ عُمْرَةً فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً

Maksudnya: Sekiranya telah tiba bulan Ramadhan, maka hendaklah kamu mengerjakan umrah. Ini kerana umrah pada bulan tersebut menyamai pahalanya seperti mengerjakan haji. Dalam riwayat Muslim: seperti mengerjakan haji bersama aku (Rasulullah SAW). Riwayat al-Bukhari (1782) dan Muslim (1256)

ramadan yang bakal tiba, ini antara kelebihan amalan ibadah ketika bulan ramadan

Kemuliaan dari sudut orang yang melaksanakan ibadah dengan ketinggian kedudukannya di sisi Allah SWT dan ketaqwaannya. 

Contohnya, Allah SWT melebihkan kedudukan umat Nabi Muhammad SAW berbanding umat-umat lain sebelumnya. Setiap amalan yang dilakukan oleh umat Nabi Muhammad SAW akan dilipat-gandakan oleh Allah SWT khusus kepada mereka. (Rujuk Lathaif al-Ma’arif: 209)

Terdapat pelbagai kelebihan bulan Ramadan ini tau, antaranya terjadi peristiwa seperti peristiwa penurunan al-Quran (nuzul al-Quran), pembukaan kota Mekah (Fath Makkah), dan pembukaan kota Andalusia. 

Malam al-Qadr (Lailatul Qadr) merupakan malam yang istimewa kerana ia adalah satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. 

ramadan yang bakal tiba, ini antara kelebihan amalan ibadah ketika bulan ramadan

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Maksudnya: Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. (Surah al-Qadr: 3)

Jom sama-sama tingkatkan amalan ibadah kita untuk Ramadan akan datang!

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}