Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Tidak Terlepas Bayar Zakat Hampir 10 Tahun, Chandra Mahu Kongsi Rezeki

Chandra percaya setiap rezeki yang diberi ada milik orang lain
17 Apr 2021, 10:00 AM

Chandramogan Jasingo yang tidak pernah lokek untuk memberi sumbangan mempercayai prinsip bahawa setiap sen yang dibelanjakan untuk kebaikan dan manfaat orang lain akan menambah rezeki si pemberi.

Tanpa mengira latar agama, bangsa, keturunan atau kelas masyarakat, Chandramogan atau lebih mesra disapa Chandra sering berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan.

tidak terlepas bayar zakat hampir 10 tahun, chandra mahu kongsi rezeki

Jadi, tidak hairanlah kenapa Chandra turut menunaikan ‘tanggungjawab’ membayar zakat fitrah setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Dia yang berusia 40 tahun dan juga penganut agama Hindu mula menyalurkan pembayaran fitrah melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah sejak 10 tahun lalu.

Chandra juga tidak terlepas daripada mengeluarkan zakat harta benda setiap tahun, selain pembayaran fitrah.

Kata pengurus di sebuah syarikat insurans itu, kepayahan dan kesulitan hidup yang pernah dilaluinya suatu masa lalu menjadi titik permulaan padanya untuk memahami konsep serta nilai yang ada di sebalik pembayaran zakat fitrah.

tidak terlepas bayar zakat hampir 10 tahun, chandra mahu kongsi rezeki

Menurut Chandra, pengalaman silam benar-benar mengajarnya keperitan hidup dalam serba kekurangan.

“Hidup saya dulu bukanlah senang sebab itu saya sangat faham macam mana kehidupan sebagai orang susah.

“Saya juga dibesarkan di persekitaran budaya orang Melayu dan agama Islam, jadi agama Islam dan budaya orang Melayu bukan perkara asing dalam kehidupan kami sekeluarga,” ujarnya.

Selepas Chandra memahami bukan hanya agama Islam, namun kepercayaan-kepercayaan lain juga sentiasa menuntut penganutnya berbuat baik sesama manusia disebabkan itu Chandra sedia membayar zakat fitrah dan harta secara sukarela.

Chandra yang masih bujang memberitahu dia pernah membaca buku mengenai sejarah agama Hindu, Islam serta Budha dan melalui bacaan itu, banyak hal mengenai setiap kepercayaan itu diketahuinya.

“Saya juga baca apa yang terkandung dalam hadis dan saya rasa kesemuanya menyuruh kita untuk membantu orang yang susah.

“Tidak rugi kalau kita berbuat baik atau tolong orang lain… percayalah Tuhan akan menambah rezeki kita dalam setiap sedekah, derma atau bantuan kita pada orang lain, yakinlah,” katanya lagi.

Usai melunaskan pembayaran fitrah pada hari kedua Ramadan, Chandra berkongsi resit pembayaran itu di akaun media sosialnya diringi kapsyen yang menyentuh hati sebilangan besar netizen.

tidak terlepas bayar zakat hampir 10 tahun, chandra mahu kongsi rezeki

Kecenderungan Chandra juga sering berkongsi pelbagai potongan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis serta nasihat di akaun Facebooknya juga sering mendapat pujian warganet.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}