Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Ikatan Kekeluargaan Akan Makin Kukuh Antara Manfaat Memasak Untuk Keluarga

Jadikanlah aktiviti Nabi SAW ini sebagai aktiviti anda dalam kehidupan jua.
23 Mar 2021, 07:00 AM

Bila soal memasak, kita perlu mencari masak untuk memasak walaupun mempunyai jadual yang padat. Tidak kira sesiapapun dalam ahli keluarga, ambil peluang yang ada dengan memasak untuk keluarga. 
Jadikanlah aktiviti Nabi SAW ini sebagai aktiviti anda dalam kehidupan jua.

Menurut sebuah hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud: 

Aisyah R.A iaitu isteri kepada Nabi SAW pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Al-Aswad bin Yazid. Lelaki itu bertanya tentang aktiviti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa di dalam rumah.
Lalu Aisyah berkata: “Rasulullah SAW sering membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah dan apabila masuknya waktu solat, Baginda keluar untuk mendirikan solat.”

Seperti yang telah disebutkan Aisyah R.A, Rasulullah SAW turut membantu dalam menguruskan perihal rumah tangga. Ini termasuklah memasak di dapur untuk keluarga. Oleh itu, jadikan Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik dalam kehidupan. 

Ikatan kekeluargaan semakin kukuh

ikatan kekeluargaan akan makin kukuh antara manfaat memasak untuk keluarga

Ikatan antara keluarga semakin kukuh seandainya aktiviti memasak dilakukan bersama-sama. Memasak juga adalah waktu yang boleh membentuk kebahagiaan dan keharmonian. Anda boleh meluangkan masa bersama-sama untuk memasak semasa siang, tengah hari, petang ataupun malam mengikut kesenangan. 

Hubungan erat itu dapat dibina melalui penggalakan aktiviti di dapur bersama-sama. Demi mewujudkan suasana meriah di dapur, bahagikan tugas kepada ahli keluarga. Tambah pula, niat memasak untuk keluarga akan melahirkan rasa cinta. Apabila memasak dengan kasih sayang dan ikhlas, air tangan anda pastinya menjadi lebih lazat. 

Kebersihan lebih terjamin

ikatan kekeluargaan akan makin kukuh antara manfaat memasak untuk keluarga

Masakan juga boleh disediakan dengan mengikut cita rasa dan mengawal bahan-bahan.. Hal ini dapat membantu anda dan keluarga untuk makan makanan yang lebih sihat serta bersih. Makanan yang disediakan di rumah lebih terjamin kebersihannya. 

Secara tidak langsung, anda telah menggalakkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jadi, adalah lebih baik untuk masak dan lihat sendiri. Maka, anda dapat menjaga pengambilan makanan ahli keluarga anda yang mempunyai penyakit. 

Masak sendiri lebih jimat

ikatan kekeluargaan akan makin kukuh antara manfaat memasak untuk keluarga

Bukan itu sahaja, memasak sendiri lebih menjimatkan berbanding makan di luar. Anda dapat menjimatkan kos dan juga masa. Jika memilih untuk makan di restoran, mungkin anda perlu melalui jalan yang sesak, lampu isyarat, beratur sebelum memasuki restoran dan kemudiannya menunggu makanan. 

Sebenarnya, masakan salah seorang daripada ahli keluarga bakal mencetuskan kerinduan dan membentuk identiti. Namun yang biasa didengari adalah masakan ibu paling sedap di dunia dan lebih enak daripada masakan orang lain.

ikatan kekeluargaan akan makin kukuh antara manfaat memasak untuk keluarga

Jadi, teruskanlah memasak untuk keluarga tersayang selagi mana anda mempunyai kesempatan meluangkan masa bersama dengan mereka. Masakan anda mungkin akan menjadi sejarah teragung dalam keluarga. 

Keluarga merupakan hadiah daripada Allah SWT di dunia. Oleh itu, bahagiakanlah keluarga terlebih dahulu sebelum membahagiakan orang lain. 

Sumber:  tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}