Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Ular Tak Boleh Makan, Tapi Roti Canai Ular Sudah Tentu Boleh!

Roti canai ini berbentuk ular sahaja.
Editor
17 Jul 2020, 10:40 AM

Baru-baru ini tular di sosial media tentang roti canai ular di Kelantan, ramai teruja dengan hidangan sarapan pagi yang digemari rakyat Malaysia dihidangkan dengan cara sangat kreatif.

ular tak boleh makan, tapi roti canai ular sudah tentu boleh!

Tapi, sudah tentu ada pula beberapa pihak yang menyoalkan boleh ke kita menikmati makanan yang berbentuk haiwan-haiwan berbisa. Jawapannya adalah boleh dan tidak haram untuk dimakan. Selagi bahan yang digunakan untuk membuat roti canai tersebut datang daripada sumber halal, maka tiada masalah.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad turut berkata, ini kerana tujuan pembelian adalah untuk dimakan dan bukan untuk dibanggakan.

"Kita semua sedia maklum, bahawa kandungan roti canai itu hanyalah tepung gandum sahaja dan ia datang daripada sumber yang halal. Jadi tidak timbul sekalipun isu haram jika memakan roti canai berbentuk ular.

"Bagaimanapun, hukum memakan ular tetap haram kerana ia mengandungi bisa yang akan memudaratkan manusia namun roti canai ular ini cuma menyerupai bentuk sahaja, bukan kandungannya yang memudaratkan manusia," katanya.

ular tak boleh makan, tapi roti canai ular sudah tentu boleh!

Mufti Kelantan turut menasihatkan umat Islam agar tidak mempersendakan agama Ketika menikmati roti canai ular tersebut.

"Seperti contoh, jika kita minum air kosong namun kita menyamakan air itu dengan arak adalah tidak dibenarkan, sama juga jika memakan roti canai ular ini namun dibanggakan seperti memakan ular yang betul adalah tidak dibenarkan kerana seolah-olah mempermainkan hukum Islam.

"Malah, masyarakat juga diingatkan agar tidak menggembar-gemburkan dan cepat menghukum sesuatu perkara yang tidak pasti. Seboleh-bolehnya pandanglah sesuatu perkara daripada sudut yang lebih positif," katanya.

ular tak boleh makan, tapi roti canai ular sudah tentu boleh!

Roti canai ular ini dihasilkan oleh seorang pengusaha roti canai, Che Harun Ali, berusia 46 tahun di Kampung Kubur Kuda, Kelantan. Ternyata roti canai ular ini mendapat sambutan ramai selepas tular di media sosial. Okay lepas ni kalau lalu negeri Kelantan, boleh la cuba roti canai ular ini!

Sumber: Harian Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}