Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Perkara Yang Boleh Berlaku Sekiranya Anda Tidur Dalam Keadaan Marah

Tidur sering kali jadi solusi untuk lari daripada masalah dunia.
Editor
15 Sep 2020, 11:49 AM

Perasaan marah kalau dibawa-bawa adalah salah satu perkara yang paling menyakitkan yang boleh anda lakukan pada diri sendiri dan orang tercinta. Apabila terjaga perasaan itu masih tidak hilang dan sukar nak teruskan hari anda.

Ini apa yang boleh berlaku sekiranya anda tidur dalam keadaan marah.

1. Perasaan marah boleh merosakkan tidur anda.

perkara yang boleh berlaku sekiranya anda tidur dalam keadaan marah

Stress diketahui mencetuskan tindak balas yang ketara pada tubuh badan anda. Dalam keadaan seperti ini, nak lelapkan mata menjadi perkara yang sukar.

Selanjutnya, telah terbukti bahawa tidur yang terganggu dapat menimbulkan lebih banyak perasaan marah. Anda mungkin akan bangun dari tidur tanpa berasa segar. Dalam kes ini, kemarahan membawa kepada tidur yang tidak baik boleh menyebabkan perasaan marah itu bertambah. Ia akan membentuk satu kitaran yang memenatkan.

2. Kemarahan adalah berbahaya pada kesihatan anda.

perkara yang boleh berlaku sekiranya anda tidur dalam keadaan marah

Para saintis menentukan bahawa kualiti tidur mempengaruhi kesihatan seseorang itu secara keseluruhan. Biasanya, tidur ini berfungsi sebagai terapi yang mampu menstabilkan emosi. Tetapi perasaan marah dan stress boleh membahayakan proses terapi ini. Emosi negatif membebaskan hormon stress, menjadikan anda lebih mudah marah.

Dalam jangka masa yang panjang, ini yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami insomnia, mimpi buruk, ataupun lebih teruk lagi, masalah kesihatan mental seperti kemurungan.

3. Lebih sukar untuk melupakan perasaan buruk setelah anda tidur.

perkara yang boleh berlaku sekiranya anda tidur dalam keadaan marah

Para penyelidik mendakwa bahawa kita mampu menyekatkan segala pengalaman negatif setelah kita tidur. Tidur memperbesarkan emosi, fikiran, dan masalah. Semasa kita tidur, otak kita memproses maklumat baru dan menyimpannya ke dalam ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Semasa tidur, kemarahan itu akan masuk ke dalam ingatan jangka panjang dan boleh memberi kesan yang berpanjangan.

Jadi kalau anda tidur dalam keadaan marah, ia boleh menggangu emosi anda dan ia akan berlarutan dalam jangka masa yang panjang. Justeru, lebih baik selesaikan apa yang patut dahulu, tenangkan fikiran sebelum melelapkan mata. Tidur bukanlah jawapannya jika anda ingin lari dari masalah dalam hidup ini.

Sumber: Brightside

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}