Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Tulang Dan Coklat Antara Makanan Yang Bahaya Bagi Kucing Makan

Kucing memang comel tapi bukan semua makanan sesuai untuk mereka.
11 Aug 2020, 04:39 PM

Ramai orang menggelar diri sebagai pencinta kucing, ia juga merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Ada yang sayang sangat kucing sampai sentiasa membawa makanan kucing ke mana sahaja mereka pergi.

Tapi kita kena tahu bukan semua makanan sesuai untuk si comel ini. Ada lima makanan yang boleh membawa padah dan tak sesuai diberikan kepada kucing.

1. Ikan mentah

tulang dan coklat antara makanan yang bahaya bagi kucing makan

Ramai yang bersangka bahawa ikan mentah adalah makanan yang sesuai diberikan kepada kucing, terutama sekali ikan tuna. Ini disebabkan ikan mentah mengandungi merkuri yang boleh mengakibatkan keracunan pada kucing. Menurut seorang veterinar, Dr Pria, ikan mentah mengandungi enzim bagi menghancurkan vitamin B dalam tubuh badan kucing yang amat penting untuknya. Ikan mentah juga mengandungi bakteria dan parasit yang membahayakan nyawa kucing.

2. Telur mentah

tulang dan coklat antara makanan yang bahaya bagi kucing makan

Bukan sahaja bahaya untuk manusia tetapi pada kucing juga. Kucing hanya makan bahagian kuning telur sahaja kerana putih telur mengandungi avidin yang berfungsi melindungi pertumbuhan bakteria pengganggu kuning telur.

3. Tulang

tulang dan coklat antara makanan yang bahaya bagi kucing makan

Kucing liar sering kali kelihatan makan tulang kerana itu shaaja yang mereka boleh dapati. Tetapi tulang ini amat berbahaya pada kucing. Mereka boleh mudah tercekik tulang ikan ataupun tulang ayam. Ini boleh menyebabkan kebocoran pada usus, terkena jangkitan atau mengalami masalah pernafasan. Risiko tulang yang dimakan oleh kucing akan tersangkut dibahagian gigi, gusi, lelangit dan tekak haiwan juga amat tinggi.

4. Coklat

tulang dan coklat antara makanan yang bahaya bagi kucing makan

Sama seperti anjing, coklat juga berbahaya pada kucing. Ini kerana coklat mengandungi kafein dan juga theobromine iaitu sejenis bahan toksik yang berbahaya, lagi-lagi dalam coklat gelap. Ini akan menyebabkan gangguan pada usus dan kucing akan mengalami cirit-birit dan muntah. Jika dimakan secara berlebihan, simptom akan semakin parah yang boleh menyebabkan sawa atau koma. Jadi memang tak sesuai nak bagi kucing makan coklat apatah lagi coklat gelap.

5. Susu

tulang dan coklat antara makanan yang bahaya bagi kucing makan

Ramai bersangka bahawa susu ini sesuai dan baik untuk kucing. Susu memang bagus untuk pertumbuhan namun ia tidak baik untuk kucing kerana kebanyakan kucing tidak boleh mencerna laktosa. Apabila kucing minum susu akan menyebabkan kekejangan perut dan cirit-birit. Ini kerana laktosa tidak dihadam dengan baik akan tertinggal di dalam usus kucing dan bukannya mengalir ke dalam darah.

tulang dan coklat antara makanan yang bahaya bagi kucing makan

Jadi inilah makanan-makanan yang berbahaya pada kucing dan kita tidak boleh bagi makanan sebarangan pada kucing kesayangan.

Sumber: Remaja

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}