Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

scoop

“Jujur Sarah Betul Tak Sangka”, Siti Sarah Syukur Hamil Anak Keempat

Rezeki bulan Ramadan, dapat berita kehamilan.
Muhammad Izwan Zainal
26 Apr 2021, 02:00 PM

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin teruja mengumumkan kehamilan anak keempat di akaun Instagram peribadinya.

Pelantun lagu ‘Semakin’ itu berkongsi video yang dirakamkan pada 15 Februari lalu, menunjukkan reaksi suaminya, Shuib Sepahtu memaparkan alat ujian kehamilan yang mengesahkan dirinya hamil.

“jujur sarah betul tak sangka”, siti sarah syukur hamil anak keempat

"Saya akan buat pemeriksaan doktor minggu depan untuk mengesahkan tempoh kehamilan ini.

"Dalam kerendahan hati, saya memanjat kesyukuran kerana ini hadiah paling bermakna dikirimkan Allah untuk kami sekeluarga.

"Sebelum ini, ada yang nampak perubahan saiz badan saya termasuk dalam kalangan wartawan. Tetapi saya meminta mereka mengunci mulut... Biar saya umumkan sendiri kepada semua," katanya.

“jujur sarah betul tak sangka”, siti sarah syukur hamil anak keempat

Tambahnya lagi, dia tidak menyangka hamil lagi selepas enam tahun kelahiran anak ketiganya, Ariq Matin, 

"Jujur, selepas enam tahun, saya tak menyangka merasai lagi pengalaman berbadan dua.

"Sekarang, orang kata kandungan sudah kuat, barulah saya berani bercerita lebih. Sebelum ini, saya bimbang, jadi saya tidak mahu tertekan pada awal kehamilan.

“jujur sarah betul tak sangka”, siti sarah syukur hamil anak keempat

"Doakan kandungan saya baik-baik sahaja. Saya doakan buat semua ibu yang mahu merasai saat kehamilan, semoga Allah murahkan rezeki kalian," katanya.

Terdahulu, Sarah dan Shuib berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq.

Sumber: Instagram Siti Sarah

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}