Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

kesihatan

Adakah Benar Nyamuk Lebih Tertarik Kepada Individu Berdarah Manis?

 
12 Feb 2018, 01:47 AM

nyamuk 928

Kebiasaannya, apabila anda berkumpul bersama-sama dengan rakan-rakan atau ahli keluarga anda untuk melakukan aktiviti luar seperti hiking atau perkhemahan, pasti ada salah seorang daripada rakan-rakan anda mengadu gatal kerana terlalu banyak digigit nyamuk. Persoalan yang sering diutarakan, adakah benar nyamuk lebih tertarik kepada seseorang individu tertentu?

Jawapan ringkasnya, YA. Walau bagaimanapun, apakah faktor yang menarik minat nyamuk ini? Kali ini, iluminasi ingin berkongsi beberapa faktor yang menarik minat nyamuk antaranya kadar metabolasi badan, jenis darah, kadar pelepasan gas karbon dioksida dan sebagainya.

1. Jenis darah

jenis darah disukai nyamuk 574

Sekiranya anda tidak tahu, hanya nyamuk betina yang menghisap darah manusia. Darah manusia diperlukan oleh nyamuk betina kerana mereka memerlukan protein yang terdapat dalam darah manusia untuk menghasilkan telur.

Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa nyamuk lebih tertarik dengan manusia yang mempunyai darah jenis O. Kajian tersebut juga mendapati mereka yang berdarah O dua kali ganda menarik minat nyamuk berbanding darah A.

2. Karbon dioksida

nyamuk mengesan karbon dioksida

Nyamuk menggunaan deria baunya untuk mengesan gas karbon dioksida yang dilepaskan oleh mangsanya. Nyamuk menggunakan organnya yang dikenali sebagai maxillary palp dan mampu mengesan karbon dioksida daripada jarak 50 meter!

Secara umumnya, manusia yang berbadan besar akan mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida. Maka, mereka lebih digemari oleh nyamuk berbanding mereka yang berbadan kecil. Selain itu, kerana manusia bernafas melalui mulut dan hidung, nyamuk lebih tertarik pada pada bahagian kepala. Sebab itulah bahagian atas seperti tengkuk, telinga dan leher seringkali menjadi sasaran utama nyamuk.

3. Kadar metabolasi badan

berpeluh 726

Secara umumnya juga, nyamuk lebih tertarik dengan orang yang berpeluh. Peluh yang mengandungi asik laktik, asid urik dan beberapa bahan lain sangat digemari oleh nyamuk. Kerana itulah apabila berada di hutan untuk aktiviti mendaki, nyamuk sangat mudah tertarik kerana peluh yang dikeluarkan oleh badan.

Faktor genetik juga sebenarnya mempengaruhi kadar seseorang itu berpeluh, menjadikan mereka lebih mudah digigit oleh nyamuk berbanding orang lain.

4. Warna pakaian

baju gelap digemari nyamuk 50

Selain deria bau, nyamuk juga menggunakan deria penglihatan untuk mengesan mangsanya. Mereka yang memakai baju gelap seperti hitam dan biru gelap secara umumnya lebih digemari berbanding manusia yang memakai baju berwarna cerah.

Bagi nyamuk, warna gelap ini lebih menyerlah berbanding dengan pakaian berwarna cerah yang kelihatan sama dengan keadaan sekelilingnya. Oleh itu, sekiranya anda pergi ke kawasan yang secara umumnya terdapat banyak nyamuk seperti hutan dan kawasan kampung, elakkan memakai pakaian yang gelap.

5. Wanita mengandung

wanita mengandungi mudah digigit nyamuk

Wanita mengandung kebiasaannya akan dapati diri mereka lebih kerap digigit nyamuk berbanding sebelum mereka mengandung. Satu kajian yang dilakukan di Afrika mendapati wanita mengandung 2 kali ganda lebih mudah digigit nyamuk berbanding mereka yang tidak mengandung.

Para saintis percaya hal ini disebabkan kadar pelepasan karbon dioksida yang lebih tinggi oleh wanita yang mengandung. Mereka dapati wanita yang mengandung bernafas 21% kali lebih banyak berbanding wanita yang tidak mengandung. Selain itu, wanita mengandung juga biasanya mempunyai kadar metabolasi badan yang lebih tinggi, seterusnya menarik minat nyamuk seperti alasan yang disebutkan di atas.

Sumber : Time.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}