Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

kesihatan

9 Perkara Yang Mesti Anda Buat Di Waktu Pagi!

Editor
21 Feb 2018, 04:00 AM

Kredit gambar utama: Pexels

Permulaan yang baik, hasilnya juga baik. Sebab itu penting untuk tarik aura positif sejurus selepas bangun pagi. Jika anda belum lakukan perkara-perkara ini, ayuh mulakannya hari ini!

#1 Bangun awal

Agar anda tidak terkejar-kejar dan ada lebih masa untuk diri sendiri.

#2 Bangun penuh bergaya. Bukan terkejut-kejut

Seeloknya pastikan rutin tidur dan bangun pada waktu tetap. Tidaklah sampai perlu terjun katil sebab terlewat bangun. Sebaiknya, raup muka dan duduk dulu di birai katil untuk seketika sebelum memulakan rutin pagi.

#3 Minum air suam

Sebelum membasuh mulut, pastikan anda minum segelas air suam terlebih dahulu. Jangan tak tau, ini juga salah satu cara awet muda!

#4 Bertafakur, meditasi

Tidak perlu lakukan apa-apa, hanya duduk diam 10 minit tanpa memikirkan apa-apa. Kosongkan fikiran daripada sebarang perkara.

#5 Regangan

Lakukan senaman ringkas. Tak perlu ambil masa lama pun, 10 minit memadai untuk buat beberapa gerakan seperti lari setempat, lompat bintang dan push-up, atau paling tidak pun bolehlah lakukan gerakan zumba. Tetapi jika anda mempunyai lebih banyak masa, luangkanlah sekurang-kurangnya 30 minit untuk aktiviti ini.

#6 Rancang aktiviti harian

Tetapkan perkara yang anda ingin lakukan hari ini. Rancang jadual supaya mudah dilakukan.

#7 Beri kata-kata positif

Beri motivasi kepada diri sendiri seperti "saya mampu siapkan kerja lebih awal", "saya mampu kawal marah", "saya berkeyakinan tinggi" atau "saya kreatif, boleh sumbangkan banyak idea bernas".

#8 Senyum

Senyum pada diri sendiri dan senyum dengan setiap orang yang dijumpai. Bukankah senyum itu satu sedekah?

#9 Bersarapan pagi

10 perkara yang mesti anda buat di waktu pagi!

Kredit: Pexels

Tidak perlu makanan yang terlalu berat, cukuplah sesuatu yang ringan seperti roti, biskut atau oat. Jika makan terlalu berat, bimbang mengantuk dan menjejaskan produktiviti pula.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}